Sport

EPL: Jurgen Klopp wajib cari resipi baharu

LONDON – Kekalahan 0-3 kepada Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin semakin mengheret Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menuju ke ‘jalan mati’ dan perlu tampil lebih kreatif merencanakan strategi berdasarkan skuad yang dimilikinya.

MOHAMED SALAH terus gagal membantu Liverpool selepas mereka mencatat kekalahan kedua berturut-turut pada aksi EPL apabila tewas memalukan 0-3 kepada Brighton kelmarin. – AFP

Pengurus dari Jerman itu sudah memberi bayangan tiada lagi tambahan pemain baharu akan dibawa masuk dan kini perlu memastikan setiap idea yang bakal diterapkan ke dalam pasukan mampu diterima dengan baik oleh pemain.

“Saya ada idea untuk meng­ubah formasi yang dirasakan mampu bantu pasukan, tetapi ia sekadar menjadi idea kerana kami gagal melaksanakannya dengan baik.

“Pemain yang sama mampu bermain bola sepak dengan baik, tetapi jika kami tidak melakukannya dengan baik, inilah yang berlaku. Apabila gagal dalam pe­rebutan dan terlalu mudah hilang bola, maka mana-mana formasi pun tidak mampu beri jalan penyelesaian.

“Kami sebenarnya mampu lakukan lebih baik. Kami perlu jadi lebih kreatif dengan pilihan yang kami ada sekarang,” kata­nya.

Pada aksi di Stadium American Express Community kelmarin, Solly March meledak dua gol buat Brighton diikuti gol ketiga daripada Danny Welbeck.

Mengulas lanjut, Klopp mengakui beliau cukup peka dengan situasi yang sedang dihadapi The Reds ketika ini yang berdepan risiko gagal menamatkan saingan di kelompok empat terbaik.

“Bagaimana pula dengan perlawanan selepas ini? Saya tidak boleh hanya berdiri di sini dan mengatakan ia tidak akan berlaku lagi. Sudah pasti kami cukup ambil berat dengan kea­daan sekarang,” jelasnya.– AGENSI

source: kosmo.com.my

Related Posts

‘I played against Jack Nicklaus – this is what I think about Tiger Woods GOAT debate’

Jack Nicklaus and Tiger Woods are two of the all-time greats, but who boasts the better career? Jack Nicklaus and Tiger Woods at the 150th Open Championship. (Image:…

Rory McIlroy provides damning stance of LIV Golf and PGA Tour stars over merger

A report earlier this week claimed that PGA Tour players were demanding that LIV Golf members handed the money they had earned from the Saudi league back in…

Tiger Woods labelled ‘petty, vindictive and greedy’ over latest PGA Tour rumour

PGA Tour golfers Tiger Woods and Patrick Cantlay were labelled ‘petty, vindictive and greedy’ over the latest rumour surrounding the LIV Golf League. Prominent golf journalist Alan Shipnuck…

Despite Tiger Woods & Co’s ‘Vindictive’ Actions, Bryson DeChambeau Proves He’s the Bigger Person With PGA of America Gesture

On September 17, the PGA of America made a statement ahead of the Presidents Cup. Despite LIV Golfers already being allowed to compete at the Ryder Cup and…

One Burning LIV Golf Question Plagues Fans Despite Big Ryder Cup Announcement

One Burning LIV Golf Question Plagues Fans Despite Big Ryder Cup Announcement: ‘Were They Not Eligible Before?’ There has been no update on the PIF merger so far….

‘Insane’ Tiger Woods Accusation From Open Championship Commentator Leaves Fans Demanding Punishment

Tiger Woods has been a major talking point ahead of the 2024 Open Championship at Royal Troon, with former pros and pundits alike questioning the 48 year old’s…